Assalamualaikum wbt..
First of all, izinkan aku kenalkan wanita yang selalu berada disaat aku jatuh, disaat aku bangkit semula. Nama diberi Nor Fadzira Binti Mohd Sepian. Dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 25 Julai 1994. Tak jauh tarikh lahirnya dengan aku tetapi jauh tempat lahirnya dengan aku. Tapi aku tak kisah, lagi jauh dia dengan aku dan disitu la ia menguji betapa utuhnya percintaan kami. Bagaimana aku jatuh cinta dengan si dia?Untuk soalan ini aku pun tak percaya macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia. Aku tahu dia satu batch diploma dengan aku cuma berbeza major course. Dia Diploma in Sport Management and aku Diploma in Sport Study. Kami tak pernah bertegur sapa sewaktu diploma tapi aku tahu akan kewujudan dia. Aku masih ingat sewaktu dia aerobic rasanya semester 4, aku suka tengok dia aerobic petang-petang. Dan kawan-kawan dia cakap pun dia seorang yang pandai aerobic. Tapi waktu tu aku cuma suka dia aerobic jela. The sewaktu aku latihan praktikal, kawan aku ada cakap pasal dia. Taknak try ke Fadzira ni?Aku pun malas layan sangat member aku tu. Tetapi malas layan aku pun, aku balik rumah aku stalk jugak instagram si Fadzira ni. Well she's kinda cute and sedap mata memandang. Aku try pm dia dekat insta, facebook and twitter. But she didnt replied my text. But one day, aku post gambar mama aku because it was my mom's birthday and suddenly she comment on that picture. Dia komen 'cantiknya and terbaikla mak kau'. Aku pun terkejut and takpa la aku buat bodoh jela sebab biasa la orang komen gambar dekat insta kan. Then bermula la hidup aku sebagai seorang pelajar degree. Hidup macam biasa. Semuanya bermula pada graduation day kami. Sebelum kami masuk ke dewan, kami bersiap dahulu dan diminta tunggu didalam satu bilik ini. Aku ternampak dia dan she is so beautiful dan aku terus pandang dia. Semasa beratur nak masuk dewan, aku nampak dia dengan akak dan abang ipar dia. Aku terus pandang dia sebab bila aku tengok dia senyum, aku tak tahu hati aku rasa tenang. Then dah selesai semua, aku balik rumah sewa aku dan aku lepak depan rumah and lupa aku nak beritahu yang rumah sewa dia depan rumah aku jer. Sewaktu aku lepak depan rumah tu, aku nampak family dia datang dan aku tengok ja. Tapi aku tak berani nak tegur dia walaupun aku tahu aku dah sukakan dia. Dan pada suatu hari, kawan baik aku Syafiq Dihanan tumpang tidur rumah aku dan Syafiq ni budak kelas dia waktu diploma. Aku terus terang dengan Syafiq yang aku suka dekat Fadzira ni dan mintak tolong dia tanyakan Fadzira sama ada dia single or dah berpunya. Syafiq text dia dan tanya semuanya termasuk cakap aku nak berkenalan and Fadzira cakap okay ja. Mula-mula aku takut jugak nak text Fadzira ni and aku cuba beranikan diri text jugak dia. Tapi time tu dia tengah tengok wayang dengan member dia dekat Aman Central. Then waktu dia nak balik, dia balas text aku and mesej biasa-biasa ja. Kebetulan ada laksa lebih dekat rumah, aku try tanya dia nak laksa tak and dia cakap boleh je kalau nak bagi. Dan malam tu la kali pertama aku bertentang mata dengan dia sebab nak bagi laksa. Its kinda awkward sebab tak pernah bercakap dan jumpa kan. Aku jadi kaku tak tahu nak cakap apa dan masing-masing terus balik ke rumah. And aku terus continue mesej dia tapi mesej biasa-biasa ja sebab cara dia mesej pun macam dia tak suka text aku. Dan pada suatu hari, dia kena pergi Langkawi sebab ada aerobic dekat sana. Dan kami mesej macam biasa sebab dia pun busy dengan aerobic dia. Dan satu malam waktu dia tengah lepak dekat Starbucks Langkawi, aku ajak dia on the phone. Dan disaat itu la kami mula bersembang dan berkenalan semua. Dia memang ada ciri-ciri perempuan yang aku cari selama ini dan aku tak tahu la sama ada aku ni lelaki pilihan dia. Ataupun lebih senang cakap, she's a hard 10 and i'm only 5. Kami terus sembang-sembang, on the phone selalu dan aku mula rasa selesa dengan dia dan aku tahu aku dah mula sayangkan dia. Malam terakhir dia dekat Langkawi, aku luahkan perasaan aku dekat dia dan cakap aku sukakan dia dan unexpected answer is dia pun dah sukakan aku. We decided to be more than friend dan kami terus menjadi pasangan kekasih pada 3 Disember 2015. Kalau ikutkan banyak lagi aku nak cerita,macam mana kami lalui percintaan kami, macam mana sweetnya dia. Banyak sangat nak dicerita. Tapi sampai sini dulu la aku ceritakan macam mana aku boleh kenal Nor Fadzira Binti Mohd Sepian ni. Sayang, i know i'm not good enough for you but i will always try my best to be a better person in your life. Terima kasih Allah sebab hadirkan seorang insan yang amat bermakna dalam hidupku dan tak mungkin ditukar ganti oleh orang lain dan yang paling penting, pintu hatiku dah tertutup serapat-rapatnya buat orang lain kerana dalam hatiku cuma ada insan yang bernama Nor Fadzira Binti Mohd Sepian.I love you sayang!!

No comments:
Post a Comment