Sunday, 29 January 2017

Siapa Aku!!?

Assalamualaikum wbt..

Nama diberi Afnan Helmie Bin Alias. Asal daripada Sungai Petani, Kedah. Dilahirkan pada tarikh keramat 17 Julai 1992. Anak sulung daripada 4 adik-beradik yang terdiri daripada seorang perempuan dan tiga orang lelaki. Afif Fatini Binti Alias iaitu adik perempuan selepas aku, Afnan Syafiq bin Alias dan seterusnya Afnan Fareez Haiqal Bin Alias. Anak kepada mama dan abah tercinta iaitu Alias Bin Mohd dan Fauziah Binti Mohd Fadzil. Aku dibesarkan di sebuah penempatan bernama Maklom, Pulau Pinang dari aku dilahirkan sehingga aku berumur 4 tahun dan seterusnya aku berpindah ke quaters Sekolah Teknik Butterworth atas sebab tawaran kerja abah sebagai warden di sekolah tersebut. Zaman sekolah rendah aku dari umur 7 tahun sehingga 10 tahun dihabiskan di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan dan seterusnya aku berpindah ke tempat dimana aku dilahirkan iaitu Sungai Petani. Disini bermulanya kehidupan sebenar aku selepas abah membeli rumahnya sendiri di Taman Bandar Perdana, Sungai Petani. Aku seterusnya menyambung persekolahan aku di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wang. Selepas tamatnya zaman sekolah rendah aku, aku menyambung persekolahan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang. Seperti biasa, aku tetap aku yang tak pernah mempunyai ramai kawan mungkin atas alasan aku seorang yang pendiam. Dan atas alasan itu jugaklah aku tak pernah langsung bercakap dengan mana-mana perempuan. Tetapi, semuanya berubah selepas aku bertemu dengan 'first love' aku dan disaat itu aku menjadi seorang yang tak pernah malu untuk bergaul dengan sapa-sapa pun. Tak perlulah nk bercakap soal cinta pertama sebab ianya cuma kisah cinta monyet yang tak penting. Okay selepas menghabiskan pembelajaran aku di sekolah menengah, aku mendapat tawaran menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah. Disini lah aku mula kenal sifat-sifat manusia disekeliling aku dan banyak jugak aku belajar erti hidup di sini. Dan disini lah tempat aku mula jatuh dan betul-betul menyedarkan aku yang kita tak selalunya diatas sebab hidup kita ibarat roda yang berputar. Aku gagal, aku rosak, dan segalanya yang negatif terjadi dekat aku disini dan disini jugak la aku dah menyebabkan gugur air mata seorang ibu, iaitu mama. Tapi kita manusia takkan selamanya harus jatuh, kita perlu bangkit untuk perbetulkan kesilapan kita. Selepas habis matrikulasi, aku mencari dimana peluang-peluang untuk aku menyambung pelajaran dan aku mula dari bawah semuala sebagai seorang pelajar diploma di UiTM Perlis dalam kursus Diploma Pengajian Sukan. Disini la azam seorang anak muda untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengembirakan kembali hati ibu bapa aku. Alhamdulillah aku telah selesai diploma aku dengan jayanya dan berjaya kekalkan pointer aku atas 3.00 dan paling penting senyuman terukir di muka kedua ibu bapa aku. Tapi takkan kita nak biarkan ia berakhir macam tu ja kan. Aku terus sambung pengajian aku di UiTM yang sama dalam kursus Ijazah Sains Sukan (Kepujian) dan aku sekarang tengah mununggu untuk Latihan Praktikal aku. Semasa Ijjazah ini la ada kenangan paling manis dalam hidup aku sebab aku berjumpa dengan seorang insan yang sangat aku cintai iaitu Nor Fadzira Binti Mohd Sepian. Insyaallah, jika diizinkan tuhan, aku akan segara masuk minang si dia dan jadikan dia yang halal buat aku. Rasanya sampai sini saja lah pengenalan dari aku. Kita jumpa dilain waktu pulak. Stay tune !!

No comments:

Post a Comment